Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memberikan kelulusan bersyarat dalam masa terdekat kepada empat lagi syarikat pengeluar vaksin.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin berkenaan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); CanSinoBIO; AstraZeneca; serta Sputnik V masih dalam penilaian NPRA, setakat ini.